Pendedahan kepada teori dan amalan dalam proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Antara proses kimpalan yang digunakan ialah Kimpalan Arc Metal Shielded (SMAW), Kimpalan Arc Gas Metal (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya. Dalam kursus ini pelatih akan belajar mengenai Kawalan dan Jaminan Kualiti, Pemeriksaan dan Ujian, Penyeliaan, Latihan Praktikal dan sebagainya. Para pelatih juga akan dilengkapkan dengan kemahiran aplikasi perisian computer, perancangan, penyeliaan, pemeriksaan dan pengujian kerja kimpalan untuk memenuhi keperluan jaminan kualiti dan peraturan keselamatan.
Matlamat dan tujuan latihan adalah untuk memastikan setiap pelatih mendapat pengetahuan kemahiran, pengalaman dan kelayakan yang secukupnya dalam mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan setelah tamat pengajian. Pelatih akan mempelajari berdasarkan modul yang dibangunkan menepati NOSS yang telah ditetapkan. Kursus dalaman tambahan seperti Kemahiran Insaniah, akan diberikan kepada pelatih sebagai persediaan yang mana ia memberi pendedahan khusus tentang pembangunan diri ketika di alam pekerjaan.
Membentuk sahsiah dan jati diri dalam memperkasakan tenaga mahir di pentas antarabangsa.
Menjadi sebuah institusi yang melahirkan tenaga kerja mahir, tinggi pekerti dan berdisiplin untuk mencipta nama dalam bidang kemahiran hingga ke peringkat global.
Hantar permohonan anda sekarang. Tempat adalah terhad !!!
Hantar permohonan anda sekarang. Tempat adalah terhad !!!
Prestariang Skills Training Institute, No. 99, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Sila isikan maklumat anda dan tekan butang SUBMIT untuk menghantar permohonan anda. Kami akan menghubungi anda dengan segera.